Thursday, July 19, 2012

Menaik Taraf PSS SMK Simpang Gelami

Kemudahan PSS SMK Simpang Gelami telah dinaik taraf sejak bulan Jun 2012. Antara pembaharuan yang telah dibuat seperti pemasangan penghawa dingin sebanyak 3 unit di perpustakaan. Selain itu, pintu perpustakaan juga telah digantikan dengan pintu kaca. Bukan itusahaja, sebuah Projektor LCD telah dipasang di perpustakaan. Sistem automasi juga telah dipasang di perpustakaan dan dijangka akan mula beroperasi selepas tahun 2013. Semua pembaharuan ini diharap dapat membawa manfaat kepada semua pengguna dan dapat meningkatkan penggunaan perpustakaan.

Bulan PSS SMK Simpang Gelami 2012

Bulan PSS SMK Simpang Gelami 2012 telah dilancarkan pada 25 Jun dan akan berlangsung sehingga 20 Julai. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah LDP Pemurnian Pembinaan Blog guru-guru, Pertandingan Power Point Pelajar Tingkatan 1, Pertandingan Menceriakan Rak Buku Kelas, Pertandingan Membaca Terbanyak, Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak, Pertandingan Penggunaan Internet Dalam P & P dan sebagainya. Diharap semua aktiviti tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua warga SMKSG.

Tuesday, March 16, 2010

Analisis NILAM

Laporan NILAM setiap pelajar akan dikemaskini dan dipaparkan setiap bulan di papan kenyataan di kantin. Diminta kerjasama dari semua pelajar untuk mengisi buku laporan NILAM anda. Selain dari itu, laporan NILAM anda juga akan dijadikan bahan untuk Pertandingan Membaca Terbanyak.
Maka, jangan ketinggalan ! Bacalah buku banyak-banyak dan isikanlahnya dalam buku NILAM anda.

PERTANDINGAN MEMBACA TERBANYAK

Mulai tahun 2010, PSS SMK Simpang Gelami telah mengadakan Pertandingan Membaca Terbanyak. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMK Simpang Gelami. Pelajar-pelajar dikehendaki mencatatkan bacaan mereka ke dalam buku NILAM mereka. Seorang pemenang dari setiap tingkatan akan dipilih dari kalangan pelajar yang berjaya membaca bilangan buku yang terbanyak dan sekurang-kurangnya mencapai 20 buah buku.

Monday, May 18, 2009

sejarah sekolah



SMK Simpang Gelami siap dibina pada tahun 1983 dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984. Pada awalnya, SMKSG mempunyai dua buah bangunan 3 tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah, pejabat, dan bilik-bilik khas. Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan bengkel subjek Kemahiran Hidup dan sebuah kantin. Bermula tahun 2002, beberapa bangunan lagi dibina iaitu sebuah makmal komputer dan dua blok asrama,surau dan dewan makan.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami. ( SMRSG ) dan hanya menawarkan tempat belajar untuk kelas Peralihan hingga Tingkatan 3 sahaja. Bermula tahun 1995, SMRKSG mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Simpang Gelami (SMSG). Seterusnya pada pada tahun 2002, nama sekolah ini ditukarkan pula kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami (SMKSG)

Tn. Hj. Abdullah Bin Saffar adalah pengetua pertama sekolah ini. Sehingga kini, SMKSG dipimpin oleh seramai 8 orang pengetua. Pengetua SMK Simpang Gelami pada masa sekarang ialah Tuan Hj. Rosdin Kasim.

SMKSG telah mencapai banyak peningkatan dan kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pada tahun 2005 SMKSG berjaya melahirkan seorang pelajar PMR paling cemerlang iaitu Siow Hui San yang berjaya mendapat keputusan 8A.

SMKSG akan terus mengorak langkah kehadapan dalam menuju kecemerlangan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara

fail kuasa